Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )
Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :
Memartabatkan profesion perguruan.
- Meningkatkan kualiti guru
- Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
- Kualiti dalam latihan perkhidmatan
- Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.
Meningkatkan kepimpinan sekolah.
- Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
- Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
Meningkatkan kualiti sekolah.
- Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
- Kemudahan Internet dan jalur lebar
Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
- Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
- Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
- Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
- Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah
Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
- Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
- Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.
Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
- Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
- Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
- Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.
Satu peristiwa bersejarah akan dicatatkan apabila dilancarkan laporan
awal Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025 yang akan dilancar
tidak lama lagi. Apa yang lebih menarik, pelan ini juga akan digunapakai
pada tahun 2020. Bagaimana pula dengan intipatinya nanti? Selepas
pelancaran nanti pandangan dan cadangan masih lagi diperlukan dan orang
ramai masih berpeluang untuk mengemukakan pendapat sebelum
dimukatamadkan pada penghujung tahun 2012 nanti. Untuk pengetahuan,
sebahagian cadangan laporan awal nanti adalah diperoleh daripada Dialog
Nasional Pendidikan Negara 2012 yang mana telah diadakan diseluruh
negara. Sumber : Utusan Malaysia 8 September 2012
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia
http://www.e-sentral.com/search/byid/1703
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia
http://www.e-sentral.com/search/byid/1704